Interaksi sosial dan komuniti Kebebasan_bersuara

Richard Moon telah membangunkan hujah yang menyatakan bahawa nilai kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pendapat terletak pada interaksi sosial. Moon menulis bahawa "dengan berkomunikasi suatu individu membentuk perhubungan dan penyatuan dengan yang lainnya - keluarga, sahabat, rakan sejawat, jemaah masjidnya, dan rakyat negaranya. Dengan berhujah dengan orang lain suatu individu terlibat dalam pembangunan pengetahuan dan hala tuju masyarakatnya."[16]